Downloads: 500k
Description
Lagu yang diputarkan di ERA fm adalah muzik semasa paling popular, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, termasuklah nyanyian Yuna, Justin Bieber, Hujan, Aizat, Super Junior dan Ungu. ERA fm menyajikan bukan sahaja hiburan, tetapi juga informasi dan perkembangan terkini sambil pendengar ditemani celoteh penyampai-penyampai ‘berjiwa rakyat’ yang mampu mewarnai hari sesiapa sahaja.
Terkini, ‘JoHaRa Pagi ERA’ diperkenalkan sebagai teman sarapan rakyat Malaysia. Gelak tawa dan keramahan mereka mengajak pendengar untuk berasa seolah-olah mereka sebahagian daripada ahli keluarga stesen ini. Pada hujung minggu pula, ‘Carta ERA 40 Bersama Aznil Hj. Nawawi’ yang menyaksikan pertarungan lagu-lagu hit masa kini, merupakan rancangan yang paling ditunggu-tunggu.
Setiap detik pasti riuh bersama ERA fm !
Era FM
Astro Radio Sdn Bhd (403472-D)